About Me

My photo
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
I'm cute and pretty with a sensitive heart which mean can cry easily.. :P

Wednesday, October 20, 2010

Hanya engkau yang aku perlukan di sisiku..


Ikatan percintaan yang utuh memerlukan kita saling memahami antara satu sama yang lain, memerlukan kepercayaan antara satu sama yang lain.. Persefahaman adalah sesuatu yang amat sukar untuk kita laksanakan jika tiada kerjasama dari kedua belah pihak. Aku sering mendambakan seorang jejaka yang akan memahami diri ini dengan segala hint yang telah aku berikan kepadanya.. Namun, si dia seakan-akan tidak mengerti diri ini.. Bagaimana harus kukatakan kepadanya bahwa hanya dia yang kuperlukan di saat-saat aku sedih, kecewa dan kesunyian? Adakah hanya diri ini yang meminta sesuatu yang melebihi daripada had kemampuannya? Tidak banyak yang kupinta hanya secubit masa bersama-sama aku.. Adakah itu sudah dikatakan berlebihan?


Kadang-kadang aku jemu menunggu deringan telefon bimbitku untuk berbunyi kerna itu jarang sekali berlaku. Alasannya, si dia sangat sibuk dengan kerjanya dan hanya akan menghantar sms setelah selesai kerjanya. Bukan diri ini tidak mengerti semua itu, tp kesunyian yang melandaku kadang-kadang membuatku berfikir adakah si dia yang pantas untukku? Adakah si dia benar-benar menyayangiku? Mengapakah si dia buatku seperti ini?? Aku rasa seperti tidak dihargai, seperti diabaikan begitu sahaja. Bila saja aku menyuarakan semua itu kepadanya, si dia menganggap bahwa aku ni paranoid, tidak mempercayainya...


Dia pernah mengatakan bahawa dia akan mencuba sebaik mungkin untuk hubungan ini berjaya. Tapi, mana perginya usaha itu? Adakah cuma aku yang berusaha sendirian? Ohh.. Aku tidak mampu mengharungi semua ini sendiri, aku perlu kekuatan darinya.. Bagaimana harus kukatakan kepadanya supaya si dia mengerti? Bagaimana?? Kepiluan di hati ini tidak siapa yang tahu.. Aku tidak berani menyuarakan kepada kedua ibu bapaku, aku tidak mahu mereka tahu semua ini, aku tidak mahu mereka tahu masalah kami ini.. Tapi aku benar-benar sedih, sakit hati, rasa pilu dengan perbuatannya..


Apakah kesudahan kisah cinta ini? Adakah happy ending menjadi milik kami atau sebaliknya?? Banyaknya persoalan di benak hati ini yang menanti jawapan yang tidak pasti. Hanya Allah yang mahakuasa tahu semuanya kerna Dia telah merencanakan semuanya bagi kami..


Saat ini, betapa aku mahu dia tahu hanya dia yang aku perlukan di sisiku....