About Me

My photo
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
I'm cute and pretty with a sensitive heart which mean can cry easily.. :P

Sunday, March 6, 2011

Jangan terlalu baik pada saya.. @_@


“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”


“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”


“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”


“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”


“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”


“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”


“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”


“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”


“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”


“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”

Thursday, March 3, 2011

Kesakitan yang teramat_030311


Walau apa pun, hari ini satu perkara telah menimpa diri ini. Tapi semuanya bukanlah disengajakan kan.. Ibu jari telah terkepit semasa fenny menutup pintu kereta tadi.. Sememangnya, ia sangat sakit. Namun, hati ini tabah sehinggalah sampai ke rumah. Sa tidak mahu mengalirkan air mata depan fenny kerana takut dia tambah rasa serba salah lagi.. Sa pun masuk ke dalam bilik kerana mau tidur setelah semalaman tidak tidur kerana menyiapkan draf thesis..

Air mata sesungguhnya bagaikan tidak dapat dibendung lagi sebaik saja sa melemparkan diriku ke atas tilam. Sa menangis seperti anak kecil merengek meminta dibelikan permainan. Inilah kali pertama aku merasai kesakitan sedemikian rupa, sakit berdenyut-denyut. Air mata ini mengalir deras seperti tidak mahu berhenti. Lalu aku pun call mumy untuk meminta pujukan darinya. Tapi semasa bercerita dengan mumy, hati ini tambah sebak la pula.. HAIYA!! Sa pun call juga fred, dia malah tertawakan sa walaupun pujukan masih ada untuk sa la..:)
Susahnya untuk melelapkan mata ni, badan da terasa lemah ni, tapi mata masih x mau tutup. Mgkin sebab kesakitan ni kali kn.. Sa harap tda pa2 yang serius la, sa harap akar kuku masih ok, dan kuku x rosak.. Ya Tuhan, sa mohon campur tangan Mu, sembuhkanlah semua yang sakit, kerna sesungguhnya Engkau lah tabib Ilahi kami.. Amen!



Ni la gmbr jari sa yang terkepit tu.. arap2 tda pa2 yang teruk berlaku..
:'(

Klas terakhir sepanjang pengajian..



03-03-2011

Satu tarikh yang akan dikenang. Pengajian selama 3 tahun telah berjaya sa hadapi dengan tabah. Tinggal langkah terakhir lagi yang perlu sa lakukan iaitu peperiksaan akhir semester ini. Sesudah habis kelas petang tadi, sa tidak lupa untuk bersalaman dengan lecturer yang banyak menabur bakti kepada kmi semua. Sa cium tangan mereka sebagaimana yang sa buat setiap semester dalam pengajian ini. Tetapi, hari ini sebak menemani hati ini. Mungkin sebab hari ini merupakan hari terakhir untuk berjumpa dengan rakan2 yang lain..

Sesungguhnya, banyak kenangan manis, pahit, masam & masin (adakah masam & masin? hehe..) yang sa dapat sepanjang tempoh pengajian ini. Tiada apa yang sa dapat bagi kepada rakan2 semua, hanya doa yang akan mengiringi kalian. Semoga kita semua berjaya dalam laluan yang akan kita pilih selepas ini. Amen!!