About Me

My photo
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
I'm cute and pretty with a sensitive heart which mean can cry easily.. :P

Wednesday, April 28, 2010

Luahan rasa kepiluan...

Kenapakah hidup ini dipenuhi dengan pelbagai rasa? Sakit hati, kecewa, sedih, dikhinati, kesunyian, kesepian dan pelbagai lagi yang akan membuatkan kita rasa negatif. Namun, kekadang, kita lupa kewujudan perasaan positif seperti kegembiraan, keceriaan dan keriangan dalam hidup ini. Bila saja hati ini disapa dengan perasaan negatif ini, akal fikiran juga tidak dapat memberikan kerjasama yang sepatutnya sehingga diselubungi dengan perasaan negatif ini. Bila saja perkara yang negatif ini berlaku ditambah lagi dengan akal fikiran yang tidak dapat berfikiran dengan waras, semuanya jadi serba tidak kena dalam hidup ini. Demikianlah yang saya rasa pada saat ini..
Kepada siapakah hendak diluahkan semua ini? Hati ini rasa sesak sekali pada saat dan ketika ini. Oleh itu, hanya jari yang lincah untuk menaip segala rasa yang saya rasa pada saat dan ketika ini ke dada blog yang telah lama saya tinggalkan.

Salahkah diri ini untuk meminta perhatian yang lebih walaupun tidak sama seperti dahulu? Salah diri ini meluahkan rasa kepada si dia untuk lebih memahami diri ini? Salahkah diri ini??! Si dia mahu agar diri ini memahami dirinya, namun, bagaimana dengan dirinya? Pernahkah dia cuba untuk memahami
diri ini? Mengapakah dia memanjakan diri ini dengan segala perhatian sehingga kekadang diri ini merasa seakan-akan dipinggirkan oleh si dia. Kenapa pada saat ini, diri ini merasa si dia seakan-akan sudah berubah? AaaHHH.. Persoalan demi persoalan datang menerpa hati kecil ini membuatkan diri ini semakin keliru. Ya Tuhan, tolonglah hamba-Mu ini.. Jauh di lubuk hati ini mendambakan belaian kasih sayang darinya, namun jarak memisahkan kami. Diri ini mahukan perhatian darinya sama seperti yang pernah dia berikan dahulu.. Namun, jawapannya ialah si dia sibuk dengan kerjanya dan memberikan alasan bahawa dia bukannya 24jam bersama-sama dengan telefon bimbitnya.. Kenapa tidak dulu lagi dia mengatakan semua ini?? Kenapa sekarang?? Sememangnya cinta jarak jauh ini susah untuk dilalui.. Hati ini sudah tidak tertahan lagi rasanya diseksa sebegini.
Ada kemungkinan diri ini meminta lebih darinya, tapi apa salahnya hanya sekadar mendengar suaranya.. Hati ini merintih nangis sendiri namun tiada siapa yang tahu? Hanya kepada Tuhan diri ini memohon kekuatan semoga dengan kekuatan-Nya, semua ini dapat dihadapi dengan tabah. :((

*Hai hatiku, janganlah menangis lagi, penat sudah mengalirkan air mata yang mencurah jatuh di pipi, namun tiada siapa yang mengerti..