About Me

My photo
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
I'm cute and pretty with a sensitive heart which mean can cry easily.. :P

Monday, May 3, 2010

Segalanya telah terjawab....


Baru beberapa hari lalu saya menyatakan rasa kepiluan di hati.. Namun dalam seminar yang telah hadiri Sabtu lepas, segala persoalan telah terjawab. Seminar 'Berakar dalan Tuhan Yesus Kristus' yang diadakan di Gereja St. Anthony itu telah memberi ruang kepada saya untuk menikmati cinta kasih Allh Bapa kita di syurga. tambahan pula penceramah2 yang hadir sememangnya memberikan inspirasi kepada saya mahupun yang hadir..

Ceramah dimulakan dengan Bapa Joseph yang menyatakan suma persoalan kita telah dijawab namu ada yang masih 'on the way'. yang penting kita harus percaya bahawa hidup ini sentiasa diiringi dengan limpah berkat Tuhan yang sungguh2 mengasihi kita.

Saya sungguh2 tersentuh dengan Ibu Meike Lolong yang begitu tabah dalam menghadapi segala percobaan yang datang kepadanya. Puji Tuhan, semuanya telah dihadapinya dengan jayanya. Ibu Meike yang telah melayani di Ladang Tuhan dari tahun 1980 lagi telah dicobai dengan berbagai-bagai masalah sehingga dia disahkan doktor mempunyai hayat hidup yang tidak lama kerana kanser yang dihadapi olehnya. Atas bantuan dari Ibu Esther yang juga penceramah pada hari itu, mereka telah megumpul dana yang secukupnya bagi merawat sakitnya itu. Sesungguhnya, cubaan yang diberikan Tuhan kepada kita tiada yang tidak dapat kita atasi sebab Allah Maha Mengerti akan kemampuan kita. Ibu Meike sekarang telah pulih sepenuhnya dari kanser sehingga menakjubkan doktor yang merawatnya. Terima kasih kepada mereka yang dermawan yang membantu membiayai perbelanjaan perubatan Ibu Meike.

Selain itu, Ibu Meike telah berkongsi tips dengan semua umat yang hadir pada hari itu..
  1. Bangunlah rumah iman di atas batu karang dan bukannya di atas pasir.
  2. Carilah iman Rhema dan bertekunlah sampai jadi kenyataan.
  3. Jangan hanya fokus kepada masalah tetapi fokuslah kepada Tuhan Yesus.
  4. Tetap Positif pada Tuhan dalam perkataan dan perbuatan kita.
Persoalan yang timbul dalam diri saya dengan sendirinya terjawab melalui sharing yang telah diberikan Ibu Meike. Sesungguhnya diri ini amay mengagumi ketabahan Ibu Meike dan berharap agar diri ini mampu meneladaninya.

Ibu Esther mempunyai perwatakan yang sangat menarik kerana sepanjang sesinya kami suma tidak kering gusi dibuatnya. Beliau mengajar kami untuk belajar duduk di atas batu masalah sendiri bukannya batu masalah duduk di atas kita. Melalui sesinya, saya merasakan diri ini dibela kerna selama ini, perempuan dituduh sebagai penyebab manusia jatuh dalam lembah dosa kerana memakan buah yang dilarang dalam Tanam Eden itu. Namun berdasarkan penjelasan dari Ibu Esther, sememangnya lelaki yang mempunyai tanggungjawab yang besar kerana mereka yang telah diperintahkan Tuhan untuk tidak memakan buah itu.

Pendek kata, seminar ini sangat membina diri saya dan memberikan inspirasi kepada diri ini. Saya harus lebih mengenali Dia kerana Rencana Tuhan tidak pernah gagal dan akan dikabulkan, cuma tunggu masa yang sesuai.. Amen!!


1 comment:

  1. Find a good casino online
    The ultimate 대구광역 출장안마 gambling 전라북도 출장안마 destination for all the gambling action of online 남원 출장안마 slots, roulette, blackjack and 1xbet login more! Discover the best casinos in Las Vegas online! Rating: 4 · 남양주 출장마사지 ‎1 vote

    ReplyDelete