About Me

My photo
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
I'm cute and pretty with a sensitive heart which mean can cry easily.. :P

Thursday, March 3, 2011

Kesakitan yang teramat_030311


Walau apa pun, hari ini satu perkara telah menimpa diri ini. Tapi semuanya bukanlah disengajakan kan.. Ibu jari telah terkepit semasa fenny menutup pintu kereta tadi.. Sememangnya, ia sangat sakit. Namun, hati ini tabah sehinggalah sampai ke rumah. Sa tidak mahu mengalirkan air mata depan fenny kerana takut dia tambah rasa serba salah lagi.. Sa pun masuk ke dalam bilik kerana mau tidur setelah semalaman tidak tidur kerana menyiapkan draf thesis..

Air mata sesungguhnya bagaikan tidak dapat dibendung lagi sebaik saja sa melemparkan diriku ke atas tilam. Sa menangis seperti anak kecil merengek meminta dibelikan permainan. Inilah kali pertama aku merasai kesakitan sedemikian rupa, sakit berdenyut-denyut. Air mata ini mengalir deras seperti tidak mahu berhenti. Lalu aku pun call mumy untuk meminta pujukan darinya. Tapi semasa bercerita dengan mumy, hati ini tambah sebak la pula.. HAIYA!! Sa pun call juga fred, dia malah tertawakan sa walaupun pujukan masih ada untuk sa la..:)
Susahnya untuk melelapkan mata ni, badan da terasa lemah ni, tapi mata masih x mau tutup. Mgkin sebab kesakitan ni kali kn.. Sa harap tda pa2 yang serius la, sa harap akar kuku masih ok, dan kuku x rosak.. Ya Tuhan, sa mohon campur tangan Mu, sembuhkanlah semua yang sakit, kerna sesungguhnya Engkau lah tabib Ilahi kami.. Amen!



Ni la gmbr jari sa yang terkepit tu.. arap2 tda pa2 yang teruk berlaku..
:'(

No comments:

Post a Comment