About Me

My photo
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
I'm cute and pretty with a sensitive heart which mean can cry easily.. :P

Wednesday, September 9, 2009

KEHIDUPAN INI...


KEHIDUPAN

Pernahkah kita berasa bahawa kita telah penat mengharungi suka duka kehidupan? Pernahkah kita berfikir untuk menamatkan riwayat hidup kita kerana dengan itu kita dapat mengatasi segala masalah yang kita hadapi? Mengapakah hidup ini payah untuk dihadapi? Mengapa tidak kita cuma merasai kegembiraan dan jangan kita didedahkan dengan perasaan marah, benci, kecewa, sakit hati dan patah hati?

Demikianlah kehidupan.. Sering diserikan dengan kegembiraan dan kesedihan, keriangan dan kekecewaan, keseronokkan dan kemarahkan. Semua ini yang mewarnai hidup kita. Semua ini yang menjadikan kita manusia. Siapa yang kata senang jadi manusia? Memang senang kita nak jadi manusia tapi kita nak jadi manusia yang macamana? Yang beriman, yang dikasihi, yang dibenci.. semua itu kita yang corakkan sendiri.

Jangan mengeluh dengan kepayahan hidup yang kita alami sekarang ini kerana ia akan menjanjikan satu kenikmatan hidup yang kita sendiri tidak sangka. Jangan putus asa menghadapi kehidupan kerana hidup ini hanya sekali. Rasalah segala-galanya kerana dengan itu kita mampu mematangkan diri kita sendiri. Tidakkah pernah terlintas di fikiran bahawa hidup ini satu keseronokkan? Jadi mengapa harus kita tamatkan keseronokkan itu dengan menamatkan riwayat diri kita? Fikirkanlah baik buruk sesuatu perkara yang kita lakukan itu dan impaknya kepada orang-orang di sekeliling kita terutama sekali kepada orang yang tersayang.


Namun, mengapakah remaja kini hanya berfikiran singkat sahaja? mereka selalu mengambil langkah mudah tanpa memikirkan hati kedua-dua ibu bapa mereka yang telah membanting tulang mencari rezeki untuk mencari sesuap nasi bagi mereka. fikirkanlah wahai remaja sekalian dan renungkanlah, adakah anda ingin hidup ini menjadi sia-sia begitu sahaja?


jalanilah kehidupan ini dengan gembira dan rasailah keseronokkannya!! Banyak lagi yang perlu kita kecapi dalam hidup ini.. selamat berjaya!



No comments:

Post a Comment