Post ni adalah post sa dulu2.. sa sdh penah post d fs n fb.. hehehe...
Apakah yang menjadi pilihan anda? Dicintai ataupun mencintai seseorang? Orang selalu kata yang dalam hidup ini kita akan menjumpai tiga orang.Mereka ialah orang yang kita cintai, orang yang mencintai kita dan orang yang akan menemani kita sepanjang hidup ini. Ketiga-tiga orang ini mungkin orang yang sama dan mungkin bukan orang yang sama.
Orang yang kita cintai itu mungkin merupakan cinta pertama kita, yang banyak mempengaruhi kita dalam setiap perkara yang mereka lakukan. Tapi malangnya orang itu tidak mencintai diri kita seperti mana kita mencintainya. Dan di sinilah kita akan merasakan betapa sakitnya hati bila tidak dipedulikan, betapa pedihnya hati bila nampak kemesraan si dia dengan orang lain dan betapa kecewanya hati bila mendapati bahwa si dia menyayangi seseorang lebih dari dia menyayangi kita. Di sinilah juga kita merasakan bahawa Tuhan tidak adil dengan kita. Tapi, berfikirlah dengan waras dan rasional. Si dia bukan tercipta untuk diri kita. Ada orang lain yang lebih baik sedang menunggu kita tapi kita masih belum menemuinya. Oleh itu, bersabarlah kerna hari itu akan tiba juga satu hari nanti.
Orang yang sangat mencintai kita itu sanggup berbuat apa saja untuk diri kita tapi malangnya kita langsung tidak tersentuh dengan semua perbuatannya itu. Kita cuba sedaya upaya untuk mengenali hati si dia, kerna kita juga ingin rasa untuk dicintai. Lagipun orang selalu kata bahawa menerima orang yang mencintai kita adalah lebih baik dari memaksa orang yang kita cintai untuk menerima diri kita. Sekurang-kurangnya orang yang mencintai kita akan menjanjikan sebuah mahligai indah kelak. Tapi, walaupun kita dah cuba untuk menerima kehadiran si dia dalam hidup kita, kita rasakan seolah-olah semua benda serba tak kena. Oleh itu, eloklah kita putuskan saja perhubungan yang terjalin itu.
Pada tahap ini, kita akan terus berfikir dan berfikir. Adakah bahagia akan jadi milik kita? Mengapakah kita belum mengecapi bahagia sama seperti orang lain?
Pada masa inilah si dia hadir di sisi kita tanpa kita sedari. Mungkin dia sentiasa ada di sisi kita tp kita tidak sedari kehadirannya. Mungkin si dia merupakan orang baru tiba dalam hidup kita sekaligus berjaya mengetuk pintu hati kita. Sebenarnya si dia bukanlah orang yang amat kita cintai kerna hati ini pernah mencintai seseorang pada suatu ketika dahulu. Cuma bila bersama dengan si dia, kita berasa bahwa dia mempunyai kuasa untuk melindungi kita dan kita rasa selamat bersamanya. Entah kenapa kita boleh terbuka hati untuk menerima dia sedangkan kita tidak mencintainya. Mungkin kerna rasa selamat yang kita rasai bila bersama dia. Mungkin juga. Orang ketiga yang muncul dalam hidup kita ini yang mungkin akan menemani kita sepanjang hidup kita. Rasa cinta itu lahir dengan sendirinya dan tanpa kita sedari makin hari kita makin sayang akan si dia dan dambakan kerinduan bila berjauhan dengan dia. Pada ketika inilah, kita berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan kerna dipertemukan dengan si dia dan dapat menikmati bahagia sama seperti orang lain.
Sebenarnya, Tuhan itu mahaadil dan mahabijaksana. Dia selalu beri yang terbaik kepada kita cuma yang bezanya dengan orang lain ialah masa yang sesuai untuk DIa berikan kepada kita. Sentiasalah percaya kepadaNya kerana Dia tidak pernah menghampakan kita kerna Dia juaga mencintai kita lebih dari segala-galanya.
No comments:
Post a Comment