About Me

My photo
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
I'm cute and pretty with a sensitive heart which mean can cry easily.. :P

Sunday, May 29, 2011

Pengertian tentang Misa...

Pengertian tentang Misa...

Misa dapat dibahagikan kepada 4 bahagian;
1) Perkumpulan
- Semua umat akan berkumpul sebagai satu keluarga dalam rumah Tuhan yang dikenali sebagai GEREJA. Perkumpulan ini membuat kita lebih bersatu dan saling merendahkan diri di mata Tuhan kerna kita semua sama di mata Tuhan, tidak ada bezanya antara satu sama lain. semua kita adalah special dan unik kerna kita dicipta menurut imej dan wajah Tuhan sendiri.

2) Liturgy of Words
- Pada masa ini, Firman Tuhan disampaikan melalui pewarta yang telah dipilih untuk minggu tersebut. Kita juga mendengarkan Firman Tuhan melalui paderi dan homili daripada paderi. Homili yang diberikan oleh paderi dapat kita ambil untuk renungan dan mengambil pedoman/teladan daripadanya. Hal ini adalah kerana, kita percaya Yesuslah yang berbicara kepada kita melalui pengantaraan paderi yang terpilih..
Persembahan diri
- Setelah kita menerima hadiah daripada Tuhan melalui Liturgy of Words tadi, kita berterima kasih kepada Tuhan atas hadiah yang telah diberikan dengan mempersembahkan diri kita ke dalam tanga Tuhan. Hal ini terjadi semasa perarakan Roti & Anggur ke altar. Kita berserah ke dalam tangan Tuhan dan memohon Tuhan menggunakan diri kita sebagai alat kerajaanNya dalam mewartakan cinta kasih kepada sesama.

3) Jamuan (makan2)
- Seperti dalam perkumpulan sesebuah keluarga, makan2 adalah salah satu agenda utama. Demikian juga dalam misa ini, kita juga ada jamuan makan2 di mana Tubuh dan Darah Kristus yang kita santap. Roti dan Anggur yang telah dikonsekrasikan menjadi Tubuh dan Darah Yesus Kristus itu kita santap sebagai makanan rohani kita, yang memberikan kekuatan spiritual untuk sepanjang minggu itu.
- Sesudah kita makan2, kita mensyukuri atas rezeki yang Tuhan berikan kepada kita, oleh itu kita dipanggil untuk berdoa selepas itu dan lagu kesyukuran dinyanyikan.

4) Keluar Dari Sini!!!
- Mungkin bahagian yang keempat agak kasar sedikit bunyinya. Tapi di sinilah kita diseru untuk keluar daripada rumah dan mewartakan kabar gembira kepada sesama kita..

Oleh itu, setiap kali kita menghadiri misa, berilah sepenuh perhatian kepada setiap perkara yang berlaku sepanjang masa kita berada dalam gereja. Smoga iman kita bertambah teguh dan berkembang, sesuai dengan rencana yang telah Dia berikan kepada kita.

- Fiat Voluntas Tua -


No comments:

Post a Comment